MAG PLUS ENTERPRISE

MAG PLUS ENTERPRISE
MEMBEKAL,MENGEDAR & MENJUAL MAKANAN / MINUMAN KESIHATAN

Rabu, 27 Julai 2011

HOMEOPATI DAN MANUSIA

KONSEP PENYEMBUHAN PENYAKIT SECARA HOMEOPATI
Homeopati adalah satu sistem perubatan yang membantu menguatkan keupayaan tubuh melawan penyakit yang menyerang dan bukannya menyediakan bahan untuk membunuh kuman penyakit berkenaan. Prinsip asas perubatan homeopati ialah bersandarkan konsep 'persamaan' ataupun Law of Similars yang juga merupakan maksud bagi perkataan homeopati iaitu homois dalam bahasa Yunani.

Konsep ini bermaksud penawar homeopati yang diberikan kepada pesakit ialah benda yang sama yang mampu menghasilkan gejala penyakit tersebut. Teori persamaan ini diasaskan oleh Hippocrates , seorang pengamal perubatan Greek yang juga digelar sebagai Bapa Perubatan. Melalui ilmu perubatan Hippocrates, Hahnemann akhirnya mengambil konsep ini sebagai intipati perubatan homeopati dengan mentakrifkan persamaan sebagai 'Let likes be cured by likes' yang bermaksud ' Yang sama menyembuhkan yang sama'. Sebagai contoh ,kuinin berkesan mengubati malaria, tetapi jika diberikan kuinin kepada orang yang sihat, ia boleh menyebabkan individu itu mendapat simptom malaria.

Dalam kajian yang dilakukan oleh Hahnemann, beliau menemui konsep pemberian ubat dalam dos yang paling minimum dan hanya sejenis ubat diberikan dalam tempoh satu masa supaya sistem dalam badan pesakit tidak terlalu kompleks dalam tempoh itu. Beliau percaya, ubat sepatutnya digunakan secara halus dan lembut bagi merangsangkan pemulihan secara semulajadi tanpa membangkitkan kesan sampingan yang berbahaya dan seterusnya menyebabkan kecederaan lain yang lebih parah. Dalam perubatan homeopati , diagnosis atau nama penyakit tidaklah begitu penting tetapi diri pesakit itu lebih penting kerana dipercayai apabila seseorang itu sakit, ia disebabkan kuasa hayat atau fitrahnya yang terganggu. Akibat gangguan itu, maka lahirlah pelbagai simptom sama ada mental, emosi atau fizikal. Ini berbeza dalam rawatan alopati di mana rawatan diberikan berasakan pengenalan penyakit. Oleh itu seorang doktor alopati lebih teliti dalam aspek pemeriksaan seperti ujian makmal atau x-ray bagi tujuan memastikan masalah sakit dan puncanya seperti yang diadukan pesakit. Justeru itu, dalam homeopati penawar yang diberi berdasarkan keadaan pesakit secara keseluruhan. Ia bukanlah suatu keanehan jika dua pesakit yang mempunyai sakit yang sama tetapi diberi dua penawar yang berbeza. Inilah yang membezakan antara rawatan homeopati dengan rawatan lain yang menyediakan ubat untuk membunuh kuman penyakit berkenaan. Dengan kata lain, homeopati lebih kepada rawatan holistik iaitu memberi tumpuan lebih kepada pesakit berbanding penyakitnya. Rawatan homeopati pada hari ini adalah sama dengan yang diamalkan pada zaman Hahnemann. Pesakit akan ditemu bual oleh pengamal homeopati dan dibiarkan bercakap. Doktor akan menilai pesakit itu dari segi bentuk tubuh , kelakuan dan emosinya dan penawar akan dipilih mengikut keseluruhan simptom .Tidak semestinya semua simptom yang disenaraikan bagi satu - satu penawar adalah pilihan yang tepat, tetapi persamaan gejala sudah memadai untuk membantu doktor membuat pilihan penawar.

PENAWAR HOMEOPATI
Penawar homeopati dihasilkan daripada bahan - bahan semula jadi tanpa menyebabkan kerosakan kepada persekitaran. Jumlah bahan yang diperlukan untuk membuat penawar adalah sedikit dan sumber bahan - bahan ini mudah diperolehi dan didapati daripada tumbuhan , galian dan haiwan .
Penawar homeopati diperolehi dari alam semula jadi seperti galian dan logam, daripada tumbuhan dan haiwan dan kini diperolehi dari sumber sinaran / pancaran. Penawar - penawar baru dibentuk melalui proses kimia menggunakan eksperimen ( digelar "pembuktian" atau "proving") ke atas manusia secara sukarela . Penawar - penawar dibuat melalui proses larutan berulang ( repetitive dilution) dan proses goncangan digelar "mempotensi" (potentisation). Hasil terakhir biasanya dalam bentuk globiul - globiul " gula susu" atau cecair. Satu atau dua globiul diletakkan ke bawah lidah pada satu - satu masa dikira sebagai satu dos.
Oleh kerana pembuatan penawar homeopati berteknologi rendah, maka ia tidak memerlukan penglibatan syarikat - syarikat besar. Ini kerana sesiapa yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran yang betul serta bertanggungjawab mampu menghasilkan penawar. Selain itu, kesan penawar homeopati terbukti selamat dan tiada kesan sampingan , maka ujian dan percubaan yang mahal tidak diperlukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan